Nur Yusliana, 20, yang berhasrat melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan, dia sentiasa berusaha untuk cemerlang dalam pelajaran kerana ingin membalas jasa kedua ibu bapanya.

“Saya mempunyai 11 adik beradik, ibu tidak bekerja, hanya ayah yang menyara kami sekeluarga dan sebagai anak, saya perlu membalas jasa kedua ibu bapa.

“Oleh kerana sekolah agak jauh dari rumah, saya memilih untuk tinggal di asrama dan gemar mengulang kaji pelajaran secara bersendirian kerana lebih mudah memberikan tumpuan berban­ding belajar bersama rakan-rakan,” katanya ketika ditemui di Kajang dekat sini, hari ini.

Jelasnya, dia juga kerap membuat nota-nota kecil menggunakan pen pelbagai warna kerana mudah merangsang minda.

Nur Yusliana yang merupakan anak ketiga memberitahu, dia menyimpan hasrat untuk berjaya di menara gading seperti kakak dan abangnya yang berada di UKM.

“Kalau ada rezeki, saya juga mahu menyambung pelajaran di universiti sama dan mengambil jurusan sains dan sosial,” katanya.