Menurut Royal Zoological Society of Scotland, ibu anak beruang itu yang dikenali sebagai Victoria dipercayai melahirkan anaknya di taman Hidupan Liar Higland di timur luat Scotland pada akhir Disember lalu.

Seorang daripada petugas di taman tersebut, Una Richardson berkata, mereka terdengar bunyi bising dari kandang Victoria sebelum Krismas dan bunyi itu berterusan sehingga akhir tahun lalu.

“Pihak kami tidak dapat memastikan berapa ekor anak yang Victoria lahirkan, namun kami boleh mengesahkan kelahiran tersebut,” katanya. – REUTERS