Agihan zakat itu disempurnakan sendiri oleh pengarah urusannya, Sean Lim.

Pada majlis tersebut Mc Ocean turut menyerahkan sedikit sumbangan kepada pusat berkenaan.

Pengarah program tersebut, Mohd. Rahmizey Shah Rahim berkata, sumbangan tersebut merupakan salah khidmat sosial pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Anak yatim merupakan antara salah satu daripada lapan golongan asnaf yang layak untuk dibantu.

“Jadi hari ini, kami turun padang untuk bertemu, beramah-mesra serta membantu mereka menerusi bantuan zakat,” katanya. - UTUSAN ONLINE