Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan tidak seharusnya berpeluk tubuh atau terganggu dan tidak boleh takut untuk membuat pembaharuan politik secara mendalam dengan mendakwa kesemua akta tersebut menindas.

"Akta Hasutan, OSA, SOSMA, POTA dan undang-undang menindas yang lain harus dihapus dan digantikan dengan undang-undang yang melindungi demokrasi serta keselamatan rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional AMK di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut mendesak agar Biro Tata Negara (BTN) segera 'dikuburkan' dan menolak sebarang usaha untuk menjenamakan semula badan tersebut.

"Tidak perlu lagi menjenamakan semula badan-badan propaganda politik kepartian dan perkauman seperti BTN, mereka hanya perlu wujud dalam buku sejarah," katanya.