Pelantikan Amiruddin, 38, yang dikatakan calon pilihan Mohamed Azmin itu menepati cakap-cakap politik sebelum ini walaupun ada usaha untuk meletakkan ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad melalui restu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang lagi calon yang disebut-sebut sebelum ini ialah ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei.

Bagaimanapun, kedua-duannya iaitu Idris dan Mat Shuhaimi tidak kelihatan semasa majlis angkat sumpah berlangsung dengan ADUN Sungai Kandis itu difahamkan sedang mendapat rawatan di hospital manakala Idris tidak diketahui sebabnya.

Pada majlis istiadat sama, turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ialah ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, 54, menggantikan Amiruddin.

Amiruddin merupakan Exco kanan ketika pentadbiran Mohamed Azmin dan beliau sebelum ini mengepalai Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi. - UTUSAN ONLINE