AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN 

Sumber berkata, beliau dalam keadaan sihat namun dikesan mempunyai terlalu banyak kahak.

“Beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar pada malam Selasa lalu, tetapi dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Serdang,” katanya di sini hari ini.

Aminuddin menjalani pembedahan jantung di Hospital Serdang pada 29 Oktober lepas dan dibenarkan pulang pada Isnin lalu.

Sumber tersebut turut menafikan Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu dimasukkan semula ke hospital ekoran jangkitan kuman. - UTUSAN ONLINE