Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sistem penyampaian kepada golongan memerlukan ini memerlukan perubahan ke arah lebih baik terutama ketika suasana masyarakat sudah semakin berubah.

“Suasana semasa masyarakat yang telah dan semakin berubah memerlukan kepada pelbagai pendekatan dan kaedah baru dalam memantapkan sistem penyampaian dan tindakan terhadap segala aduan yang melibatkan permasalahan asnaf,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat bercemar duli pada Majlis Ihyak Ramadan bersama Amil Zakat Negeri Perlis 2018 di Dewan Kulliyah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini semalam.

Keberangkatan baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris.

Hadir sama, Pendakwah dari Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Irsyad Arab Saudi, Dr. Muhammad Marran Ar-Ruwaily.- UTUSAN ONLINE