Seorang pegawai pertahanan AS yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, jika ujian itu diteruskan, ia mungkin diadakan pada 27 Julai yang merupakan ulang tahun ke-64 penandatanganan Perjanjian Gencatan Senjata Korea.

Tarikh itu merupakan cuti umum di Korea ketika penduduknya meraikan Hari Kemenangan.

Tambahnya, ujian itu mungkin melibatkan peluru berpandu jarak sederhana atau peluru berpandu antara benua yang dikenali sebagai KN-20 atau Hwasong-14. - AFP