Amer yang menyandang jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak mengambil sejak 19 Julai tahun lalu, bersara wajib setelah 42 tahun menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini sebentar tadi, disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Sementara itu, Amer dalam ucapan berkata, beliau sepatutnya bersara wajib pada 19 April lalu, namun dilanjutkan secara kontrak selama tiga bulan.

“Saya mula bertugas di Sarawak pada 17 Julai tahun lalu.

“Dalam tempoh setahun dua hari ini, saya menimba pelbagai pengalaman sepanjang bertugas di negeri ini,” katanya.

Noor Rashid dalam ucapan pula berkata, beliau mewakili PDRM mengucapkan terima kasih kepada Amer yang banyak menyumbang jasa sejak menyertai pasukan pada 1976 sebagai Inspektor.

Katanya, antara jasa besar Amer ialah menyertai operasi membanteras ancaman komunis di Negeri Sembilan dan Pahang semasa berasa menjadi pegawai di Cawangan Khas.

Katanya, selama 42 tahun berkidmat, kecemerlangan Amer tidak boleh dipertikaikan semasa menjawat beberapa jawatan penting seperti Ketua Polis Daerah di Johor dan Selangor.