ambulans-serangan

Keadaan ambulans selepas serangan.

 

musnah-ambulans
Ambulans semasa penyerahan sebelum serangan berlaku.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Lifeline for Syria (MLFS), Syahrir Azfar Salleh berkata,serangan tersebut yang dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan Syria turut memusnahkan lima buah ambulans lain yang menyebabkan tiga awam terkorban, iaitu dua rakyat Syria dan seorang pegawai perubatan.

“Sebanyak 10 lagi pegawai perubatan cedera namun tentulah yang menyedihkan apabila B9 hancur sedangkan pembelian ambulans tersebut ditaja sepenuhnya oleh rakyat Malaysia sebagai tanda keprihatinan rakyat negara ini terhadap mangsa-mangsa konflik di Syria.

“Kita perlu mengutuk serangan ini kerana kenderaan-kenderaan tersebut begitu berjasa kerana telah menyelamatkan ratusan nyawa rakyat Syria dan tidak sepatutnya menjadi sasaran serangan,” katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Syahrir berkata, B9 yang musnah itu merupakan salah satu daripada 100 buah ambulans yang menyertai konvoi perpaduan menghantar ambulans dari United Kingdom ke Syria pada April lalu.

“Pada Jun lalu, ambulans B9 lengkap dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang telah dirakam oleh badan penyiaran British Broadcast Company (BBC) apabila berjaya menyelamatkan mangsa-mangsa serangan bom di Idlib beberapa jam selepas memasuki Syria,” katanya.

Menurutnya, sebanyak tujuh daripada 100 ambulans yang terlibat dalam konvoi perpaduan ini telah ditaja oleh rakyat Malaysia melalui beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk misi kemanusiaan.

“Iaitu, Muslim Volunteer Malaysia, Tangisan Syria Di Bumi Jordan, Global Peace Mission dan rakan korporat Affin Islamic, selain MLFS sendiri.

“Kita meminta rakyat negara ini terus mendoakan kedamaian di Syria dengan baki ambulans yang ada di sana tidak lagi menjadi sasaran serangan,” katanya. - UTUSAN ONLINE