Beliau hadir dipercayai untuk dirakam keterangannya berhubung siasatan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Ambrin tiba di SPRM dengan menaiki kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam.

Terdahulu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad tiba di SPRM kira-kira jam 10.25 pagi tadi untuk dirakam keterangan berhubung kes yang sama.

Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad mendedahkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.

Antara pengguguran maklumat itu termasuklah membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB. - UTUSAN ONLINE