AMBRIN BUANG
AMBRIN BUANG

1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika diperlukan oleh pihak berkuasa.

Beliau yang baharu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan di Kementerian Kewangan berkata, beliau juga turut bersedia seandainya dipanggil untuk diambil kenyataan oleh pihak berwajib.

“Bahkan, kita punya laporan (Jabatan Audit) sudah digunakan sebagai asas kepada kerajaan Persekutuan.

“Jika perkara ini hendak dibawa ke mahkamah dan panggil saya sebagai saksi, saya akan pergi,” katanya.

Terdahulu, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di sini, malam ini. - UTUSAN ONLINE