Beliau yang tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini pada pukul 2 petang selesai memberikan keterangan pada pukul 9.30 malam ini.

Hari ini, selain Ambrin, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad juga dipanggil memberikan keterangan selama tempoh lima jam melibatkan kes sama.

Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB menerusi pengguguran beberapa perenggan.

Antara pengguguran maklumat itu termasuklah membabitkan kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Menurut Madinah, antara individu yang turut terlibat dalam pindaan itu termasuklah Ambrin, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh; bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda. - UTUSAN ONLINE