Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti itu turut menyeru supaya meningkatkan amal ibadah terhadap Allah SWT pada bulan mulia ini dan berdoa semoga semua beroleh rahmat.

"Saya bersama keluarga dengan sepenuh jiwa dan raga memohon ampun maaf atas segala kesalahan, kesilapan sama ada disedari atau tidak disedari kepada semua.

"Selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh Malaysia. Selamat menunaikan sembahyang tarawih," katanya dalam catatan di laman sosial Facebook beliau, hari ini. - UTUSAN ONLINE