Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, program seperti pertukaran pelajar adalah antara platform yang boleh digunakan supaya masyarakat saling bertukar idea dan belajar budaya masing-masing.

“Contohnya pada hari ini, kita ada murid sekolah dari Jepun yang terlibat dalam program perpaduan budaya. Dengan melihat sejarah antara kedua-dua negara, kita ambil mana yang baik dan yang tidak baik dijadikan sempa-dan supaya tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyempurnakan Majlis Penutup Program Perpaduan Budaya dan Homestay Pelajar Muda Jepun-Malaysia 2018 di Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pem-bangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar serta Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Seri Md. Yunos Husin. - UTUSAN ONLINE