Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shir­lin berkata, untuk itu kerajaan belum membuat sebarang kata putus berhubung perkara tersebut yang dijadual dilaksanakan tahun depan.

“Kita masih membincangkannya di peringkat Kabinet dan syarikat konsesi.

“Tetapi, sebelum membuat keputusan, kita perlu ambil kira beban yang dihadapi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyem­purnakan Penyampaian Sumbangan Bantuan Awal Persekolahan ‘Kembali Ke Sekolah’ di Dewan Masyarakat Papar di sini hari ini.

PLUS menyumbang barangan ke­perluan sekolah kepada 1,000 orang murid dan pelajar sekolah tersebut.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi; Pegawai Daerah Papar, Siriman Basir dan Pegawai Pendidikan daerah, Abidin Marjan.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar memberitahu, pertimbangan berhubung beban ditanggung rak­yat memang menjadi keutamaan dalam perbincangan tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau memuji usaha PLUS meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam menyediakan ke­perluan persekolahan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan para pelajar menghindari gejala negatif ketika berada di sekolah supaya tumpuan pem­belajaran tidak terganggu hingga memberi kesan kepada keputusan peperiksaan.

“Para pelajar perlu menggunakan peluang dan ruang yang diberikan ini sebaik mungkin bagi mencipta kejayaan untuk diri sendiri serta keluarga.

“Melalui kejayaan ini, anak-anak muda mampu mengubah nasib keluarga dan memberikan kehidupan terbaik terutama kepada ibu bapa masing-masing,” katanya.