Baginda bertitah, perhimpunan terbesar itu mengajar umat Islam untuk bersabar, bertoleransi dan berkasih-sayang tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam serta budaya.

“Kesempatan yang ada sebagai tetamu Allah perlu digunakan sebaik mungkin dengan menghindarkan perkara-perkara tidak berfaedah yang boleh mengganggu tumpuan untuk beribadat,”ujar baginda.

Baginda bertitah demikian dalam teks yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dalam Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Jemaah Haji Musim 1438H/2017 di dewan berlepas, Hotel TH di sini awal pagi ini.

Turut berangkat, tiga lagi anakanda baginda, Tengku Nadhirah Zahrah; Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong; Pngerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib dan Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani.

Seramai 287 jemaah berlepas ke Mekah dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini kira-kira pukul 3.30 pagi ini menerusi penerbangan KT44T. - UTUSAN ONLINE