Menerusi satu kenyataan terbaharu, situasi tersebut dijangka berlaku di tujuh kawasan di Johor iaitu Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sabah pula, terdapat 10 kawasan akan mengalami situasi tersebut iaitu di Tambunan, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Kota Belud, Tawau, Sandakan dan Kudat,” jelas Jabatan Meteorologi dalam kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, situasi tersebut dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang ini. - UTUSAN ONLINE