Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) melalui satu kenyataan berkata, untuk negeri Kelantan, kawasan yang diramal terlibat adalah Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Di Pahang yang terlibat adalah di Kuantan, Pekan dan Rompin manakala keseluruhan negeri Terengganu diramalkan terlibat.

“Hanya dua daerah iaitu Mersing dan Kota Tinggi di Johor manakala tujuh bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah turut dijangka di landa hujan lebat,” ujar kenyataan itu.

Orang ramai di kawasan seperti dinyatakan diminta peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelak perkara tidak diingini. - UTUSAN ONLINE