Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, bantuan itu melibatkan pemberian dana dan pasukan bantuan awal bagi mengenal pasti keadaan serta memulihkan kembali kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.

“Kita telah mendapat kerjasama daripada lembaga kemanusiaan di Indonesia iaitu Aksi, Cepat, Tanggap (ACT) untuk menjalankan misi bantuan ini.

“Bantuan ini lebih kepada peninjauan awal oleh pasukan bantuan kami yang terdiri daripada jurutera, doktor dan wartawan kerana Palu memerlukan jangka masa yang agak panjang untuk memulihkan kedudukan mereka di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE