Ia melibatkan Model Organisasi Pembelajaran Dalam Kelas Abad ke-21 Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud di samping SD e-Data Centre dalam Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan SM Sains Dungun.

Juga i-Kelas-Landskap Baru Pendidikan Terengganu (SK Sungai Lerek) serta TV PSS MY SKKGB Menjana Pembelajaran Abad ke-21 (SK Kompleks Gong Badak).

Kesemua amalan tersebut akan dibentangkan pada hari terakhir persidangan selama tiga hari di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri yang menghimpunkan 300 peserta.

Perasmian persidangan disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Zubir Embong.

Yang hadir sama, Presiden Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM), Prof. Madya Dr. Mahizer Hamzah; Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Zaidi Yazid dan Pengerusi IMETC, Prof. Dr. Rozhan M. Idrus.

Persidangan bertemakan Sumber Pendidikan Terbuka untuk Pembelajaran Masa Depan itu turut membentangkan 19 kertas kerja dan lima penyampai ucaptama dengan tiga daripadanya dari institusi pengajian tinggi luar negara termasuk China dan Maldives. - UTUSAN ONLINE