Menurut Institut Analisis Polisi dan Konflik (IPAC) yang berpangkalan di Jakarta, terdapat kira-kira 45 militan pembantu rumah daripada 150,000 pembantu rumah Indonesia yang bekerja di sini.

Namun aktivis dan masyarakat Islam Indonesia di Hong Kong berkata, mereka tidak sedar akan kewujudan pengaruh militan dan bimbang laporan itu akan menimbulkan syak prasangka yang tidak adil kepada mereka. - AFP