Laman sesawang www.biznet-auitm.com itu dijangka akan mula beroperasi dan diakses sepenuhnya menjelang Januari tahun hadapan.

Pengerusinya, Jamil Bakri berkata, setakat ini, UiTM telah melahirkan lebih 800,000 graduan dan kebanyakan daripada alumni terbabit menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti produk kecantikan, kulinari, pusat penginapan dan syarikat pengauditan.

"Dengan adanya laman sesawang ini, selain dapat membina jaringan perniagaan sesama alumni mereka boleh meningkatkan perniagaan antara satu sama lain dan berkongsi ilmu keusahawanan berdasarkan pengalaman masing-masing.

"Kita tidak mensasarkan jumlah alumni yang akan berdaftar, namun yakin mereka akan menggunakan medium ini sebaik mungkin dalam melebarkan perniagaan selain dapat mengeratkan silaturrahim," katanya kepada pemberita dalam majlis Perasmian Jaringan Perniagaan Alumni UiTM di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd.Tahir dan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Arshad Ayub.-UTUSAN ONLINE