Setiausaha Persatuan Alumni UiTM, Shukri Ishak berkata, desakan Hindraf itu dilihat sebagai cubaan menghasut dan jika pihak berkuasa tidak segera bertindak, ia bukan sahaja memberi mesej yang salah kepada orang Melayu tetapi juga dibimbangi boleh membawa kepada pertelingkahan kaum.

“Kepada Hindraf atau mana-mana pihak saya ingatkan jangan cuba bermain dengan api hanya kerana berubahnya tampuk kepimpinan negara kerana tersilap langkah, padah menanti dan pastinya kita tidak mahu ia berlaku kerana UiTM ini hanya untuk bumiputera.

“Justeru kami meminta pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil segala langkah perlu agar kegelisahan orang-orang Melayu pasca pilihan raya umum ini dapat diredakan,” katanya selepas mengetuai rombongan kesemua NGO membuat laporan polis di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.