TUNKU AZIZ BENDAHARA TUNKU NONG
TUNKU AZIZ BENDAHARA TUNKU NONG

Begitu yang dinyatakan juruiring kepada Almarhum yang juga anak saudara baginda, Kolonel Datuk Tunku Aziz Bendahara Tunku Nong, 73.

Beliau yang berpengalaman berkhidmat selama 42 tahun bersama Almarhum berkata, baginda merupakan seorang yang amat lemah-lembut kepada semua orang.

“Hatta walaupun baginda murka sekalipun atas kesalahan serius, kalau pegawainya cepat-cepat mohon ampun, baginda akan memaafkan,” katanya ketika ditemui di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Menurut beliau, di atas sifat-sifat Almarhum itu, baginda begitu dikenali sebagai seorang Sultan berjiwa rakyat dan sudah tentu seluruh kakitangan Istana Anak Bukit akan merasai kehilangan baginda.

Ditanya pengalamannya ketika menjalankan tugas sebagai juruiring beliau memberitahu, baginda tidak terlalu cerewet berkaitan protokol.

“Ini dibuktikan apabila Almarhum hendak keluar negara, baginda tidak akan memerlukan pegawai yang terlalu ramai, biasanya hanya saya dan setiausaha sulit baginda,” ujarnya yang bersara wajib dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1999 tetapi disambung perkhidmatan sehingga sekarang. - UTUSAN ONLINE