Allahyarham yang menetap di Taman Sourabaya Indah, Petra Jaya di sini, meninggalkan balu, Datin Sri Fatimah Jamil, anak-anak dan cucu. memainkan peranan penting dalam kejayaan Operasi Sri Aman bagi menamatkan

insurgensi di Sarawak.

Nama Alli terpahat dalam sejarah Sarawak apabila menjadi perantara atau `orang tengah’ berbincang dengan pemimpin Komunis, Bong Kee Chok mewakili Ketua Menteri, Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub untuk menamatkan insurgensi atau gencatan senjata menerusi perjanjian dikenali sebagai Perjanjian Simanggang yang kemudian ditukar kepada Perjanjian Sri Aman pada 21 Oktober 1973.

Alli yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak pada masa itu, berjaya mendapat kepercayaan Kee Chok untuk berbincang dan meletak senjata untuk menjadi penduduk awam, sekali gus mewujudkan perdamaian.

Malah, Allahyarham menjadi saksi yang melihat proses menandatangani

memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri diwakili Abdul Rahman dan Kee Chok (duduk kanan) pada tarikh bersejarah perjanjian itu dimeterai.

Semasa hayatnya, Allahyarham juga pernah berkecimpung dalam politik apabila mengetuai Parti Anak Jati Sarawak (Pajar) yang ditubuhkan pada 28 Mac 1978 sebagai presiden.

Beliau turut mengambil bahagian dalam beberapa pilihan raya sebelum bersara pada 1988.-UTUSAN ONLINE