Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bertitah, laungan takbir berkenaan dimasukkan dalam atur cara istiadat berkenaan atas permintaan Sultan Abdullah sendiri.

"Pemasyhuran sebelum ini kira-kira 40 tahun lalu. Laungan 'Daulat Tuanku' itu menjadi adat tetapi selalunya pemasyhuran berkenaan berlaku dalam kemangkatan.

"(Pemasyhuran) ini yang luar biasa, jadi kita readjust sedikit sebanyak," titah baginda selepas menghadiri acara raptai pemasyuran berkenaan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, hari ini. - UTUSAN ONLINE