Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, di utara kenderaan bergerak perlahan dari Ipoh ke Kuala Kangsar manakala di selatan, trafik perlahan dari Kempas ke Pasir Gudang.

“Trafik dari Bangunan Sultan Iskandar, Johor juga dilaporkan perlahan dari Singapura menuju Malaysia kerana pertambahan kenderaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di beberapa lebuh raya lancar termasuk Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikatau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA