Aliff Shukri, 30, dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Afdlin, 46, pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat mencemar duli mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 155 penerima keseluruhannya.

Tiga adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Kalsom Sultan Abu Bakar; Tengku Datuk Norazahan Sultan Abu Bakar dan Tengku Datuk Noor Ashikin Sultan Abu Bakar mendahului senarai penerima dengan dikurniakan SSAP. - UTUSAN ONLINE