Pejabat baharu bertempat di Kuala Lumpur, telah dilancarkan oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.

Pembukaan pejabat itu menandakan fasa baharu kerjasama strategik antara Alibaba Group dengan Malaysia.

Selain berfungsi sebagai ‘one-stop solution centre’, pejabat itu akan bertindak sebagai penghubung kepada rakan niaga sedia ada dan membantu jenama Malaysia, peruncit, ahli perniagaan mahupun rakan kongsi kerajaan mendapatkan akses dan peluang yang ditawarkan China serta dunia dalam bidang e-dagang.

Pada majlis tersebut, Alibaba Group turut melancarkan kempen ‘Malaysia Week’, satu inisiatif dalam talian yang akan mempromosikan pelbagai produk dan perkhidmatan tempatan bermula 6 hingga 12 Julai depan. - UTUSAN ONLINE