Najib berkata, perkara tersebut telah disahkan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma.

Menurut Perdana Menteri, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) juga telah menyam-
paikan pengiktirafan status Koridor Raya Multimedia (MSC) kepada Alibaba Company Ltd.

“Lokasi pusat data berkenaan belum ditentukan lagi dan akan diumumkan kemudian tetapi berkemungkinan di Cyberjaya,” katanya kepada wartawan Malaysia dalam sidang akhbar sempena lawatan beliau ke Hangzhou, China.

Najib tiba di Beijing hari ini selepas mengadakan lawatan ringkas meninjau operasi Alibaba Group, syarikat gergasi e-dagang China di bandar Hangzhou sebelum menghadiri Belt and Road Forum (BRF) dalam lawatan kerja lima hari ke China.

Beliau menjelaskan lawatan ke Hangzhou adalah atas pelawaan Jack Ma dan bertujuan mengadakan perbincangan lanjut tentang kerjasama untuk memantapkan lagi projek Digital Malaysia.

Sebelum itu, beliau menyaksikan majlis menandatangani me­morandum persefahaman (MoU) antara MDEC dan Pihak Berkuasa Tempatan Hangzhou dan Alibaba Group (China) Company Limited untuk mengangkat projek Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) ke peringkat seterusnya.

Perdana Menteri berkata, menerusi kerjasama itu, Malaysia akan mendapat akses kepada e-Dagang atau Zon Percubaan e-Dagang Bersepadu dengan Hangzhou menjadi hab di China.

Beliau berkata, Jack Ma juga menyatakan rasa kagum terhadap kepantasan Malaysia yang dianggap sebagai amat efisien ketika membuat keputusan untuk melancarkan DFTZ yang pertama luar negara di China dalam masa tiga bulan sahaja.

Najib berkata, langkah mewujudkan DFTZ di Malaysia bertujuan memberikan peluang kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di Malaysia mengembang-kan perniagaan melalui seca­ra dalam talian dalam bidang pengeksportan ke China.

Beliau berkata, MDEC kini da­lam proses memilih 1,500 syarikat dan produk bagi mengambil bahagian menggunakan platform yang disediakan Alibaba untuk meningkat dan memperkasakan kemasukan mereka dalam pasaran.

Sehubungan itu, Najib berkata, pusat penunaian serantau atau ‘regional fulfillment hub’ akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. – Utusan