Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Alasan akhirat jadi punca perebutan

Sikap tamak dalam urusan perebutan harta kerana alasan yang tidak
Sikap tamak dalam urusan perebutan harta kerana alasan yang tidak munasabah menyebabkan pihak lain menanggung derita. GAMBAR HIASAN

PENUNGGANG agama. Mungkin itulah istilah paling tepat dilabelkan kepada sepasang ibu bapa mentua yang sanggup menggunakan agama untuk keuntungan peribadi.

Pasangan itu sanggup berebut harta dengan menantu perempuan selepas kematian anak lelaki mereka yang juga suami kepada menantunya.

Alasan yang digunakan adalah untuk menyedekahkan harta peninggalan anak lelakinya kepada anak-anak yatim dan sebahagian dibahagikan kepada anak-anaknya yang lain.

Itu kes yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak selepas kematian suaminya.

Menurut Perancang Kewangan yang juga perunding harta pusaka, Fatihin Abshar, kes tersebut dikendalikannya apabila menerima panggilan daripada wanita itu yang meminta bantuan untuk mendapatkan pandangan mengenai apa yang terjadi.

“Banyak kes seperti ini berlaku dalam masyarakat kita. Ini kerana sesetengah orang kita menjadi rambang mata apabila mengetahui mereka boleh mendapat harta dengan cara mudah, termasuk melalui peninggalan harta pusaka.

“Dalam kes ini, yang teraniaya adalah wanita yang kematian suami kerana terpaksa menanggung anak-anak yang masih kecil, selain tidak mempunyai tempat tinggal selepas terpaksa keluar dari rumah yang baru dibeli lima bulan lalu bersama suaminya,” katanya.

Katanya, bapa mentua wanita itu tetap berkeras tidak mahu melepaskan bahagiannya terhadap rumah tersebut yang bernilai RM140,000.

Jika wanita itu mahu memiliki rumah itu sepenuhnya, maka dia perlu membayar bahagian mentuanya sebanyak RM140,000. Namun wanita terbabit memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu.

“Jadi, mahu tidak mahu, dia terpaksa juga menjual rumah agar wang itu dapat dibahagi-bahagikan mengikut hukum faraid.

“Dalam kes ini, saya melihat alasan bapa mentuanya yang mahu menjual bahagiannya sangat mengejutkan. Pada hal, hubungan dia dan menantu perempuannya sangat baik ketika anak lelakinya masih hidup,” katanya.

Realitinya, kata Fatihin, dalam 100 kes yang dikendalikannya, sebanyak 60 peratus melibatkan kes penganiayaan terhadap kaum wanita seperti ini.

Penganiayaan terjadi kerana masih ramai masyarakat Islam di negara ini tidak memahami hukum faraid yang datang bersama tanggungjawab yang besar terhadap penerima hak.

“Apa yang saya ingin tekankan adalah hukum faraid sangat indah. Malah, sejarahwan barat turut memuji pembahagian harta pusaka melalui faraid. Malangnya, manusia yang mencacatkannya.

“Memang keluarga sebelah suami dapat lebih tetapi hak itu datang bersama tanggungjawab yang amat besar iaitu menjaga anak saudara atau cucu yang baharu kematian ayah. Jika dimanfaatkan, besar ganjarannya di akhirat kelak. Namun jika dikhianati, amat besar dosanya,” katanya.

Mengulas situasi di negara ini, katanya, terdapat banyak kes melibatkan pasangan yang meninggal dunia meninggalkan anak-anak yang kesemuanya perempuan serta harta pusaka.

Katanya, akibat berebut hak faraid, ibu dan bapa saudara kepada anak perempuan itu menuntut harta tersebut tanpa menghiraukan perasaan dan keadaan keluarga si arwah.

“Alasan yang biasa diberi ialah sebahagian harta pusaka itu adalah hak mereka. Sepatutnya, mereka sedar bahawa hak itu dipikul bersama satu tanggungjawab besar iaitu menjaga anak-anak saudara mereka pula,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain