WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu sejajar dengan rancangan kementerian berkenaan untuk menanam sifat menghargai dan memelihara alam sekitar sejak peringkat kanak-kanak lagi.

“Kita kena akui bahawa hari ini, sampah merupakan masalah utama bagi alam sekitar dan ia terlalu besar untuk dipandang ringan kerana negara kita dijangka menghasilkan 30,000 tan bahan buangan setiap hari menjelang 2020. Setiap hari, 3,000 tan makanan yang masih sesuai dimakan menjadi bahan buangan di tapak pelupusan sampah, sedangkan makanan sebanyak itu boleh mengenyangkan kira-kira dua juta manusia.

“Sekiranya tiada tindakan diambil untuk mengubah perkara itu, jumlah sampah akan terus meningkat berikutan peningkatan jumlah penduduk dan pembangunan, terutama di kawaan bandar,” kata Wan Junaidi dalam ucapan alu-aluan pada Persidangan Eko Sekolah Antarabangsa 2017 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Ismail Ithnin.

Persidangan bertemakan ‘Pengurusan Sampah dan Kesannya Terhadap Alam serta Biodiversiti’ itu, yang dihadiri 71 pelajar dan 27 guru dari 27 sekolah dari Malaysia, Thailand dan Singapura, bertujuan mewujudkan platform bagi pelajar untuk mempamerkan kemahiran dari segi kepemimpinan dan meningkatkan keyakinan mereka melalui interaksi. – BERNAMA