Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan, manakala perkataan al-Malau pula merujuk kepada pembesar yang mempunyai pengikutnya yang sombong dan menentang para rasul.

Kata beliau, perkataan itu yang banyak ditemukan di dalam al-Quran juga membawa maksud yang tidak baik.

"Sehubungan itu dakwaan bahawa perkataan Melayu ada disebut di dalam al-Quran adalah tidak benar.

"Jika al-Malau (yang dirujuk seorang individu lalu tular di media sosial baru-baru ini), maka malanglah kerana perkataan itu membawa maksud tidak baik. Saya fikir dia (individu itu) perlu baca balik al-Quran," katanya ketika ditemui dalam satu majlis di sini, malam tadi.

Mohd. Asri diminta mengulas dakwaan seorang individu yang tular baru-baru ini, bahawa bangsa Melayu ada disebut di dalam al-Quran, iaitu berasal daripada perkataan malaul 'ala. - UTUSAN ONLINE