Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, kewujudan akta baharu itu membolehkan keseimbangan terbaik untuk menjamin kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

“Cadangan Akta Keharmonian Nasional untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 telah dibuat pada 11 Julai 2012 namun telah ditarik balik pada tahun 2014.

“Akta ini dilihat dapat memupuk keharmonian antara budaya dan agama dalam negara tanpa mengenakan sekatan untuk bersuara dengan terlalu ketat sekaligus mengukuhkan perpaduan antara kaum,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muzaffar berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat mahu negara ditadbir dengan lebih baik serta memiliki peruntukan undang-undang yang sesuai dan tidak menekan mana-mana pihak dari segi kebebasan bersuara.-UTUSAN ONLINE