Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz berkata, hal ini ke­rana perincian tersebut dikhuatiri akan mengehadkan maksud penghinaan sehingga sukar untuk tindakan pendakwaan oleh mahkamah.

“Saya mengambil perhatian dan

SHAMRAHAYU
SHAMRAHAYU 

menyokong sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat menggubal akta baharu bagi memastikan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan terus dijaga.

“Walaupun begitu, adalah menjadi keraguan terhadap akta baharu yang mahu memperincikan makna penghinaan yang menjejaskan bidang kuasa mahkamah berbanding akta sedia ada yang secara teknikal tidak memerlukan bukti atau niat untuk melakukan pertuduhan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

MUHAMMAD FATHI
MUHAMMAD FATHI 

Beliau diminta mengulas ke­nyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berhubung langkah kerajaan mahu menggubal satu akta baharu yang berperanan melindungi serta memelihara kemuliaan institusi diraja daripada dihina dan dipersenda.

Sementara itu, Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Muhammad Fathi Yusof menyifatkan tindakan kerajaan untuk mewujudkan akta baharu itu sebagai tidak wajar sebaliknya perlu menambah baik akta sedia ada khususnya Akta Hasutan 1948.

“Tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan akta baharu buat masa ini kerana akta sedia ada sudah cukup dan jelas bagi melindungi perkara tertentu khususnya institusi diraja.

“Kerajaan bagaimanapun bo­­leh menambah baik akta ini ke arah yang lebih baik seperti yang dimomokkan pihak-pihak ter­tentu dalam menyekat kebebasan bersuara,” ujarnya.