Video berdurasi 1 minit 7 saat  dari kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu memaparkan pemuda terbabit yang berbaju T hitam dan berkain pelekat itu sedang mengisi minyak sebuah kereta Perodua Kancil miliknya.

Dia kemudiannya mengambil sebatang pembersih cermin kereta dan menggunakan alat tersebut untuk mencuci bahagian tepi keretanya buat seketika sebelum membuka pintu dan menyimpan pembersih itu di dalam kereta.

Aksi selamba suspek yang bertindak mencuri pembersih cermin kereta berkenaan dan berlagak seolah-olah tiada apa berlaku mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata mengecamnya.

Video berkenaan mula dikongsikan kira-kira sejam lalu. - UTUSAN ONLINE