Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, reka bentuk dan model yang diketengahkan akhbar tersebut dilihat mampu memberi nilai tambah kepada murid dan guru khususnya semasa proses pengajaran dalam pembelajaran.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas berkata, akhbar pendidikan tersebut ternyata tambil berbeza berbanding bahan pembelajaran lain seperti buku teks dan buku latihan lain.

“Akhbar Tutor ini merupakan produk terbitan Utusan Malaysia yang tidak asing lagi bagi pelajar sekolah dan guru-guru khusus­nya di kebanyakan sekolah di daerah dalam negeri ini.

“Ini kerana, Tutor sudah menjadi alat latih tubi yang terbaik sebagai persediaan menghadapi semua jenis peperiksaan ter­uta­manya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penyerahan Tutor bagi Sekolah-Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di Sekolah Kebangsaan (SK) Tembovo.

Yahya berkata, sebanyak RM­27,792 diperuntukkan bagi menaja akhbar tersebut yang boleh dimanfaatkan oleh sebanyak 1,256 pelajar bagi enam buah sekolah.