TUNKU AZIZAH
TUNKU AZIZAH

Tunku Azizah menerusi akaun twitter rasmi baginda, Cheminahsayang hari ini bertitah, pihaknya menyedari akaun HSBC yayasan berkenaan dibekukan selepas cek dikeluarkan dikembalikan.

Baginda kesal kerana tidak dimaklumkan pihak yang bertanggungjawab membekukan akaun itu dan disifatkan tidak adil sama sekali.

"Saya percaya kepada ketelusan dan akauntabiliti namun mengapa akaun yayasan berkenaan dibekukan tanpa sebarang pemakluman.

“TAFF bergantung sepenuhnya kepada penjualan buku masakan dan derma, kami tiada (sumber) kewangan pada masa ini dan tidak dapat menaja rawatan. Saya juga mengalu-alukan untuk menyemak akaun kami yang sudah diaudit," titah baginda menerusi twitter yang dimuat naik kira-kira pukul 3.15 petang tadi. - UTUSAN ONLINE