Petang tadi, anak perempuan bekas Presiden UMNO itu, Nooryana Najwa Najib mempersoalkan kewajaran pihak berkuasa membekukan akaun anak lelakinya yang berusia 10 bulan.

Malam ini pula, anak lelaki Najib, Datuk Mohd. Nizar turut mengalami nasib yang sama.

“Akaun saya dan adik-adik dibekukan. Nak bayar bil pun tak boleh. Semoga dugaan ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya melalui status dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Isnin lalu, Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menolak kemungkinan akan ada lagi akaun yang bakal dibekukan selepas tindakan itu diambil terhadap 480 akaun bank. - UTUSAN ONLINE