Berita pemergian sasterawan yang berusia 83 tahun itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook Dewan Sastera.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramak soleh.

“In shaa Allah jenazah akan dikebumikan selepas Isyak,” katanya.

Difahamkan jenazah Allahyarham bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 13, Kajang.

Ismail dilahirkan di Jasin, Melaka pada 21 Julai 1935 dan pernah berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selain terkenal sebagai penulis cerpen, Allahyarham juga merupakan penterjemah karya sastera. - UTUSAN ONLINE