baharu untuk menyertai sebuah program, When Music Speaks.

Menerusi entri di Instagramnya, Aishahjmm, pencarian bakat baharu itu bukan hanya dalam negara tetapi juga mencakupi negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.

Aishah tidak berseorangan dilantik sebagai juri pemilihan When Music Speaks, sebaliknya rakan artis, Man Bai turut diberikan tugas dan tanggungjawab yang sama bagi memastikan, peserta yang terpilih kelak

adalah yang berkualiti sebagai seorang penyanyi ataupun penghibur.

Menerusi entri yang sama, Aishah memberitahu bahawa When Music Speaks bertaraf Asia.

Uji bakat dibuka kepada orang ramai pada 4 November ini dan untuk maklumat lanjut, boleh ikut Instagram @aishahjmm. - UTUSAN ONLINE