MoU itu akan membolehkan kedua-dua belah pihak bekerjasama untuk menyediakan kemudahan aplikasi perisian kepada juruterbang AirAsia dengan maklumat penuh penerbangan pesawat dan keselamatan secara automatik dengan pesawat lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, MoU itu akan memastikan AirAsia menjadi peneraju sistem teknologi terkini penerbangan dalam pesawat yang dipersetujui dalam perjanjian dengan Airbus.

“Sebagai syarikat penerbangan tambang murah terkemuka di dunia, kami komited untuk meningkatkan aplikasi teknologi terkini kepada kru kabin kami dengan penawaran teknologi yang dapat menjimatkan penggunaan kertas di kokpit pesawat.

“Perisaan aplikasi ini juga lebih efesien dan selamat,” katanya selepas menyaksikan majlis MoU antara Air Asia dan Airbus sempena Pertunjukan Udara Paris 2015.

Perjanjian tersebut ditangani Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar bagi pihak AirAsia, manakala Airbus diwakili oleh Ketua Khidmat Pelanggan Airbus, Didier Lux dan disaksikan oleh Tony Fernandes.

Sementara itu, Lux berkata, perisian aplikasi itu dapat mengurangkan kos pengurusan operasi selain dapat menjimatkan masa terutama melibatkan dokumentasi data maklumat pesawat melalui teknologi telefon pintar.

“Teknologi ini akan membantu AirAsia dalam meningkatkan operasi penerbangan dengan teknologi hari ini. Kerjasama ini membuktikan AirAsia peneraju kepada aplikasi perisian eFF,” katanya.