Mulai 25 September 2018, ahli BIG boleh menghubungkan akaun mata ganjaran mereka dengan rakan kerjasama dalam BIG Loyalty menerusi BIG Xchange.

Dengan rakan kerjasama yang pertama, Citi Malaysia yang turut serta dalam BIG Xchange, pemegang kredit Citi boleh menukar mata ganjaran Citi atau PremierMiles kepada mata ganjaran BIG untuk menikmati harga tambang eksklusif untuk ahli sehingga diskaun 90 peratus.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Loyalty, Sereen Teoh berkata, penukaran merupakan kaedah paling pantas kepada ahli BIG untuk mendapatkan lebih mata ganjaran. - UTUSAN ONLINE