Sempena dengan kehadiran itu, kumpulan tersebut akan menjayakan Konsert Air Supply 40th Anniversary World Tour Live in Malaysia yang akan diadakan di Mega Star Arena, Genting Highlands, pukul 8 malam 8 Mac ini.

Air Supply yang popular dengan lagu Making Love Out Of Nothing, Lost In Love dan Even Tha Nights Are Better serta banyak lagi lagu menarik itu tidak pernah membosankan setiap kali mengadakan persembahan secara langsung.

Konsert kumpulan yang dianggotai oleh Graham Russell dan Russell Hitchcock yang berasal dari Australia itu dianjur oleh Mega Ultimate dengan kerjasama Marhaen Productions.

Menurut kenyataan akhbar Mega Ultimated Sdn. Bhd. hari ini, jualan tiket untuk menonton konsert itu akan dijual mulai Jumaat ini dengan harga antara RM158 hingga RM558. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Ticket Charge Hotline (03-9222881) dan layari www.ticketcharge.com.my.