Keadaan itu selepas Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) bersetuju menerima tawaran pengambil alihan ekuiti syarikat itu dengan nilai RM2.55 bilion.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, Air Selangor bakal mengambil alih syarikat tersebut selepas menerima diskaun sebanyak 28 peratus berdasarkan nilai buku bersih Splash sebanyak RM3.54 bilion pada 30 Jun lalu.

“Pengambil alihan ini tidak membabitkan apa-apa peruntukan kewangan daripada dana kerajaan negeri Selangor dan telah distrukturkan melalui pembayaran secara jangka panjang.

“Kita akan menekankan satu kadar yang tidak membebankan rakyat dan kita masih mempunyai masa jadi pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri akan menetapkan tarif tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Amirudin menyaksikan penyerahan surat tawaran pengambilalihan Splash yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman kepada Pengerusi Splash, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah. - UTUSAN ONLINE