Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini memaklumkan fenomena itu akan menyebabkan paras air laut berada di paras tertinggi di kawasan Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa paras air laut diramalkan akan berada pada 5.6 meter pada 5 November ini iaitu jangkaan paling tinggi di kawasan pesisiran pantai Selangor yang memungkinkan akan berlaku kejadian banjir sekiranya keadaan tersebut disusuli dengan hujan lebat serta angin kencang.

Sebanyak lima buah Pusat Kawalan Operasi Bencana telah dibuka di lima daerah sepanjang fenomena itu berlangsung iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar di daerah Klang; Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Bagan Lalang, Sepang.

Sementara itu bagi daerah Kuala Langat, Pusat Kawalan Operasi Bencana dibuka di Dewan Orang ramai Kampung Kelanang, Banting manakala bagi daerah Kuala Selangor pusat yang sama akan beroperasi di Dewan Orang Ramai Assam Jawa, Bukit Rotan. - UTUSAN ONLINE