AHMAD ISHAK
AHMAD ISHAK

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata, sehubungan itu orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan kelapa mencukupi ketika ini malah harga santan juga stabil.

Katanya, pada kebiasaan, Fama hanya membawa masuk sejuta biji kelapa setiap bulan namun bermula awal Ramadan, tambahan satu juta telah ditempah daripada negara jiran, Indonesia.

“Fama telah membuat persiapan sejak tiga bulan lalu bagi memastikan masalah kekurangan bekalan kelapa tidak berlaku dan setakat ini perancangan berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bazar Aidilfitri Agro Kraf, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad memberitahu, sejak Januari hingga bulan lepas, pihaknya mendapati harga kelapa dan santan mengalami trend penurunan.

Katanya, sebelum ini harga santan pekat dijual pada kadar RM14.50 sekilogram namun ketika ini pihaknya mendapati harga bahan masakan itu dijual sekitar RM12.50 hingga RM13.00 sekilogram. - UTUSAN ONLINE