Aidil Aziz perlukan masa bersama keluarga
AIDIL

Bercakap kepada Utusan Online, Aidil meletak harapan agar filem bercorak aksi arahan Bade Azmi itu dapat diterima baik oleh penonton tempatan.

"Terdahulu saya mohon maaf kerana tidak dapat hadirkan diri ke majlis pratonton trailer filem ini selepas mendapat arahan daripada peguam walaupun saya begitu teruja untuk menghadirinya.

"Bagaimanapun, sokongan sahabat media dan penonton amatlah dialu-alukan agar Kanang Anak Langkau menjadi salah sebuah karya terhebat tahun ini," katanya menerusi pesanan suara yang dihantar menggunakan aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, sebuah majlis pratonton dan pelancaran trailer rasmi filem terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd. itu telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayub di Finas, Ulu Klang, di sini hari ini.

Selain Aidil, filem berkisar keperwiraan perajurit Iban itu turut dibintangi Langi Anak Kanang, Adi Putra, Johan As’ari, Taufiq Hanafi, Joseph Joe dan Ali Arami. - UTUSAN ONLINE