Pelantikan tersebut bagi menggantikan Superintenden R.L. Paniercelvan yang menamatkan perkhidmatannya dalam pasukan polis selepas bersara pada usia 60 tahun bermula esok.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini itu turut disaksikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin dan timbalannya, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Noor Azam berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Paniercelvan kerana telah menyumbang bakti kepada pasukan polis dengan baik selama ini.

Menurutnya, Aibee pula tidak asing bagi Polis Kontinjen Negeri Sembilan kerana pernah menjadi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban.

"Saya berharap semua pegawai dan anggota Polis Kontinjen negeri ini berusaha untuk memajukan diri dalam pasukan kerana setiap daripada mereka berpeluang untuk kenaikan pangkat," katanya. - UTUSAN ONLINE